Categories
GLOBAL

Kotak hitam pesawat terhempas TU-154 ditemui

RUSIA 27 DIS: Kotak hitam pesawat tentera Rusia, Tupolev, TU-154 yang terhempas di pantai Sochi ditemui bagi mencari petunjuk punca nahas yang mengorban 92 orang.

Pesawat milik Kementerian Pertahanan Rusia itu terhempas di Laut Hitam selepas beberapa minit berlepas dari Lapangan Terbang Sochi.

Pesawat membawa 64 kumpulan koir tertera, Alexandrov Ensemble; pekerja pertubuhan kebajikan dan pengamal media itu dalam penerbangan ke Latakia, Syria bagi mengambil bahagian dalam sambutan Krismas dan Tahun Baru.

“Salah satu teori punca kemalangan ialah objek asing menembusi enjin,” kata sumber dan memberitahu, kemungkinan lain ialah kesilapan juruterbang dan masalah teknikal turut disiasat.

Rusia mengisytiharkan semalam hari berkabung di seluruh negara itu bagi meratapi pemergian mangsa.

=EZY=