Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Larian Menjunjung Kasih Gen-S warnai sambutan Keputeraan Sultan Selangor

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 2 DIS : Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda mengambil inisiatif menganjurkan Larian Menjunjung Kasih Gen-S bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Mohd Zuhir Idrus berkata, acara larian itu berlangsung serentak dengan Karnival Menjunjung Kasih Gen-S 2016, pada 10 Disember ini.

“Penganjuran dua program ini memberi peluang kepada generasi muda Selangor menonjolkan bakat dengan aktiviti trend terkini disamping menghidupkan rasa kasih dan peduli generasi muda kepada Institusi Kesultanan Selangor,” katanya dalam kenyataan.

cxdjz-buqaay_cgBertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Karnival dijadualkan bermula seawal 6.30 pagi dan berakhir 5.00 petang dengan pelepasan acara utama Larian Menjunjung Kasih Gen-S akan disempurnakan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Larian membabitkan Kategori (A) Lelaki Terbuka, Kategori (B) Wanita Terbuka, Kategori (C) Remaja Lelaki Terbuka (18 tahun ke bawah) dan Kategori (D) Remaja Wanita Terbuka (18 tahun ke bawah) dengan masing-masing pada jarak tujuh kilometer.

Terdapat dua pilihan yuran penyertaan bagi semua ketegori larian iaitu RM25 (T-Shirt + Medal) atau RM15 (T-Shirt).

Zuhir berkata, urusan pendaftaran bagi tahun ini, peserta boleh berbuat demikian secara atas talian di laman web www.myraceonline.com

Sementara, Karnival Gen-S Menjunjung Kasih 2016 pula akan menganjurkan enam acara yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan hampir RM30,000.

Ia membabitkan acara Selangor Strongest Man 2016, Mr Badan Cantik Gen-S, Bina Badan (Men-Muscle), King Of Bench Press, Arm Wresling dan Street Workout.

-nR-