Categories
NASIONAL

Nahas Bas: SPAD gantung lesen operasi Goldstar Express

KUALA LUMPUR 24 DIS: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen operasi Goldstar Express (M) Sdn Bhd, syarikat pengendali bas ekspres Alisan Golden Coach yang terbabit nahas di KM137.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat Muar, Johor, pagi tadi.

SPAD dalam satu kenyataan berkata, penggantungan itu yang berkuat kuasa serta merta adalah bagi menyiasat tragedi itu yang mengorbankan 14 nyawa.

Katanya, penggantungan itu berakhir apabila penyiasatan pelbagai agensi selesai, dilaksanakan kerana bimbang dengan keselamatan penumpang yang memilih perkhidmatan syarikat terbabit.

“SPAD tidak bertolak ansur terhadap pelanggaran amalan keselamatan dan dengan tegas mengingatkan pengendali bas ekspres didapati bersalah mengabaikan aspek keselamatan akan berdepan tindakan undang-undang.

“Kami tidak teragak-agak membatalkan lesen operator dan permit pengendalian perkhidmatan jika didapati melanggar syarat keselamatan mengikut lesen berkenaan,” katanya.

Berikut adalah senarai mereka yang maut dan cedera dalam nahas bas ekspres di Kilometer 137.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Kampung Jayor, Pagoh, di sini, jam 3.45 pagi tadi.

1. Mohd Hisham Wahab (34) (Malaysia)

2. Nor Saidatul Akmal Idris (21) (Malaysia)

3. Norfazillah Abu Bakar (33) (Malaysia)

4. Jasmine Kaur (Malaysia)

5. Palani Govindasamy (32) (Malaysia)

6. V Renugah (26) (Malaysia)

7. Nur Amira Izzaty Mohd Razip (22) (Malaysia)

8. Abdullah Hadi Yusof (Pakistan)

9. Wong Koh Chan (32) (Malaysia)

10. Zakeer Zubir (32) * Pemandu bas (Pulau Pinang, Malaysia)

11. Nur Natasya Zahara Zakeer (1) (anak kepada pemandu bas)

12. Au Poi Kiew (38) – (Malaysia)

13. Hamimah Mammu (Singapura)

14. Hazimah Mustafa (Singapura)

Senarai mangsa cedera:

1. Muhammmad Hilmi (Singapura)

2. Mustafa Yasin (Singapura)

3. Govinda Raj (Singapura)

4. Mohd Syed (Singapura)

5. Alifah Mohd Said (Singapura)

6. Muhammad Fitri (Singapura)

7. Muhamad Juhaify Zakaria (Malaysia)

8. Muhammad Syafiq (Malaysia)

9. Mohamed Taufik (Malaysia)

10. Cyril Joseph ((Malaysia)

11. R. Nagadevan (Malaysia)

12. Kesavan (Malaysia)

13. Muhammad Abdullah (Malaysia)

14. Zaw Oo (Myanmar)

15. Ralza Uk (Myanmar)

16. Wanita (identiti belum dikenal pasti).

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, ASP Suhaimi Ahmad yang mengesahkan senarai mangsa berkata, semua mereka dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Hingga kini, empat daripada 16 yang cedera sudah dibenarkan keluar hospital iaitu Muhamad Juhaify, Muhammad Syafiq, Mohamed Taufiq dan Ralza Uk.

=EZY=