Categories
GLOBAL

Skandal 1MDB: Bank Standard Chartered dan Coutts dikenakan penalti

Skandal 1MDB: Bank Standard Chartered dan Coutts dikenakan penalti

SINGAPURA 3 NOV: Bank Standard Chartered dan Coutts dikenakan penalti Bank Pusat Singapura kerana melanggar syarat pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB.

Agensi berita antarabangsa, REUTERS melaporkan penalti yang dikenakan terhadap 2 bank itu masing-masing S$5.2 juta dan S$2.4 juta.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) turut menyerahkan notis untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Tim Leissner, bekas pengarah dan wakil Goldman Sachs Singapura.

Di bawah perintah itu, Leissner dilarang menyertai secara langsung atau tidak langsung, serta tidak boleh melakukan sebarang aktiviti yang dikawal selia di bawah Akta Masa Depan Sekuriti selama 10 tahun, dalam pengurusan mana-mana firma perkhidmatan pasaran modal di Singapura.

Sementara itu MAS mendakwa Leissner membuat kenyataan palsu mengenai jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low bagi pihak Goldman Sachs (Asia) LLC, tanpa pengetahuan atau persetujuannya.

“Leissner bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan hubungan dengan 1MDB apabila Goldman Sachs diminta oleh 1MDB untuk mengatur tiga terbitan bon daripada 2012 hingga 2013,” kata MAS.

Menurut bank pusat itu, siasatan berkaitan 1MDB sudah hampir selesai dan ia memberi kemas kini terakhir pada awal tahun depan.

=EZY=