Categories
NASIONAL

Tahanan tanpa bicara, cabul prinsip Perlembangaan Persekutuan- SUARAM

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 20 DIS : Penahanan tanpa bicara merupakan pencabulan hak asasi di bawah Artikel lima (5), tujuh (7) dan lapan (8) Perlembangaan Persekutuan, kata Pengarah Esekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy.

Beliau berkata, penahanan tersebut turut bertentangan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagaimana tertaktluk di bawah Artikel tiga (3), lima (5) dan sembilan (9) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

“Walau apapun justifikasi dinyatakan Kerajaan Malaysia, penyalahgunaan dan pengaruh politik Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat telah mewujudkan undang-undang ini (Akta Kesalahan Keselamatan) SOSMA 2012) dan terus menjadi penghinaan kepada hak asasi dan maruah rakyat Malaysia.

“Undang-undang ini sangat memberi kesan buruk kepada kebebasan seseorang individu, namun ia masih digunakan untuk menahan mana-mana individu dengan situasi reman berantai,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu sekali gus menimbulkan kecurigaan apabila Kerajaan Malaysia dan polis menggunakan akta sedemikian secara berleluasa kepada penentang kerajaan terutamanya.

“Undang-undang ini bukan sahaja digunakan kepada mereka yang didakwa sebagai pengganas, ahli kumpulan kongsi gelap atau suspek kes jenayah berat.

“Penahanan Khairuddin Abu Hassan, Matthis Chang, R Sri Sanjeevan dan Maria Chin Abdullah menunjukkan dengan jelas bahawa Kerajaan Malaysia sanggup menggunakan undang-undang ini bagi tujuan politik.

“Justeru bagi menyekat ancaman sangat besar ke atas maruah manusia di bawah oleh undang-undang ini, SUARAM menyeru SUHAKAM melaksanakan saranan menyekat sebarang ancaman terhadap hak asasi ini,” katanya.

=EZY=