Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

7-Eleven Kelana Centre Point tiada infestasi tikus

SHAH ALAM, 7 JAN: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan sebarang infestasi tikus di kedai 7-Eleven di Kelana Centre Point, Petaling Jaya selepas pemeriksaan dijalankan.

Beliau berkata, pemeriksaan terbabit dilaksanakan ekoran kebimbangan orang ramai selepas gambar viral yang menunjukkan tikus memasuki mesin pemanas makanan di kedai serbaneka itu.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan sedar berkenaan kejadian itu dan menjalankan siasatan yang mendapati kabinet kaca seperti dalam gambar yang menjadi viral ditutup rapat sepenuhnya.

Dr_hisham“Kementerian memandang serius semua perkara berkaitan keselamatan makanan. Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan terdekat.

“Pengguna juga boleh layari laman sesawang kementerian atau facebook bagi mengakses Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan jika ada aduan berkenaan keselamatan makanan,” katanya dalam satu kenyataan lapor BERNAMA.

Gambar dimuat naik dalam laman Facebook itu menunjukkan seekor tikus berada di atas sosej dan bebola ikan dalam mesin pemanas makanan yang dilaporkan berlaku, pada 2 Januari lalu.

Beliau berkata, kementerian telah menjalankan 126,086 pemeriksaan di premis makanan dari Januari hingga November 2016.

“Hasil pemeriksaan mendapati 146 premis makanan ditutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana kehadiran tikus dan 91 kompaun mengikut Akta Makanan 1983 dikeluarkan,” katanya.

-NFN-