Categories
NASIONAL

Dakwaan buah dalam tin dari Thai ada virus HIV tak berasas

KUALA LUMPUR 8 JAN: Dakwaan mengenai buah-buahan dalam tin dari Thailand mengandungi virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah tidak berasas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, HIV adalah virus yang hidup dalam cecair badan dan tidak boleh hidup dalam makanan dalam tin yang telah melalui proses rawatan haba pada suhu tinggi.

Katanya, Kementerian Kesihatan juga mendapatkan pengesahan daripada kedutaan Thailand di Malaysia bahawa berita itu adalah tidak berasas.

“Kementerian sentiasa mengawal semua produk makanan import untuk memastikan makanan adalah selamat serta sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya dalam kenyataan.

Katanya orang ramai yang mempunyai kemusykilan mengenai isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq.

=EZY=