Categories
SELANGOR

Jom meriahkan Rumah Terbuka CNY Selangor 5 Februari

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 JAN: Kerajaan Selangor akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina Negeri Selangor 2017 pada 5 Februari depan.

Bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam, ia bakal dilangsungkan di tempat letak kereta, Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

Sambutan ini dianjurkan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Kim bersama Invest Selangor Berhad.

“Majlis akan dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang dijangka tiba pada jam 8.15 malam, barisan Exco, Ketua-ketua jabatan, wakil-wakil kedutaan dan seluruh warga Selangor.

“Dianggarkan tetamu yang akan hadir pada malam itu adalah 10,000 orang.

“Orang awam dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini,” katanya.

Menurut Chang Kim, sambutan ini bertujuan memupuk persefahaman dalam masyarakat negera ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Antara pengisian lain program ini adalah tradisi penyampaian sumbangan ‘ang pow’ kepada kanak-kanak yang berusia dibawah 12 tahun, persembahan kebudayaan selain jamuan makan malam.

Orang awam turut digalakkan menaiki Bas SmartSelangor yang akan turut beroperasi sehingga jam 12 malam.

Jadual kekerapan Bas SmartSelangor:

6 pagi – 12 tengahari (kekerapan setiap 15 minit)
1 petang – 5 petang (kekerapan setiap 20 minit)
6 petang – 8 malam (sentiasa bergerak untuk mengambil dan menurunkan penumpang)
10 malam- 12 tengah malam (4 bas akan menunggu di tapak sambutan)

* Orang luar Klang digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan Komuter dan turun di Stesen Klang

-nR-