Categories
SELANGOR

KOMTAS perluas ilmu kemahiran pelajar tahfiz

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 14 JAN: Pelajar tahfiz di Selangor disarankan mempelajari aktiviti lain selain ilmiah untuk memperluaskan ilmu pengetahuan mereka.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, ia boleh dilakukan dengan menceburi aktiviti ekonomi yang mendedahkan mereka kepada perniagaan.

“Islam mengajar umatnya supaya berniaga. Justeru, pendidikan kepada perniagaan perlu didedahkan dari awal,” katanya ketika merasmikan program Saudagar Muda di Kompleks Tahfiz al-Quran dan Sukan Sofiuddin (KOMTAS), di sini.

Hadir sama, Presiden Malindo MBCC Asia, Dato’ Seri Utama, Abdul Rahman Bakar.

Pada masa sama, Halimah menyarankan semua pihak supaya berkerjasama dalam merealisasikan hasrat terbabit.

IMG_20170113_200757_408Beliau turut memuji usaha Overbooked Media Group (OMG) Sdn Bhd yang menjadikan KOMTAS sebagai projek perintis dalam usaha itu.

Sementara itu, Pengetua KOMTAS, Mohd Sapidin Amran berharap program itu dapat membuka ruang kepada pelajarnya mendalami ilmu kemahiran yang akan dipelajari kelak.

“Selain mempelajari ilmu al-Quran dan sukan, pelajar boleh ke depan menjadi seorang yang berpengalaman dalam ilmu perniagaan,” katanya.

-AA-