Categories
NASIONAL

MET: Angin kencang & laut bergelora hari ini

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 JAN: Angin kencang timur-timur laut berkelajuan 50 hingga 60km sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Condore dan Reef North sehingga Isnin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan angin kencang itu berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak setinggi 3.5 meter.

Ia dijangka membabitkan kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Kuching, Reef South, Layang-Layang dan Palawan.

Keadaan yang sama itu turut berkemungkinan berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di negeri N. Sembilan (Daerah Jelebu, Jempol, Tampin, Kuala Pilah dan Rembau).

Selain itu, Melaka, Johor (Daerah Segamat, Tangkak dan Muar), Pahang (Daerah Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin).

Manakala, Kelantan (Daerah Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun) dijangka berterusan sehingga lewat malam hari ini.

=EZY=