Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Ringgit kekal rendah hari ini

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 14 JAN: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan permintaan dan sejajar dengan prestasi beberapa matawang Asia lain susulan data eksport China yang lemah, pada Disember lalu.

Unit tempatan diniagakan pada kadar 4.4610/4640 hari ini berbanding 4.460/4650, semalam.

Ringgit diniaga lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1237/3.1274 berbanding semalam pada kadar 3.1217/1259 dan berbanding yen kepada 3.8876/3.8913 dari 3.8762/8809.

ringgitRinggit meningkat berbanding pound British kepada 5.4357/5.4412 dari 5.4657/4711, semalam.

Unit tempatan itu juga turut meningkat berbanding euro kepada 4.7429/4.7479 berbanding 4.7468/7524 sebelumnya.

Naib Presiden/Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, bagaimanapun, ringgit dijangka pulih kerana sentimen bertambah baik daripada minggu lalu.

“Ini disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan komoditi serta data ekonomi tempatan yang positif daripada nilai jualan sektor pembuatan pada November 2016 yang naik 8.2 peratus.

“Walaupun data eksport China yang rendah, ia juga menunjukkan import tinggi dan ia adalah berita yang memberangsangkan,” katanya.

-NFN-