Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Ringgit kukuh hari ini berbanding dolar AS

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 JAN: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap matawang tempatan.

Pada jam 11 pagi, ringgit disebut pada 4.480 berbanding dolar AS dari 4.4830 penutup, semalam.

Semalam, nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat berdepan tekanan dengan menyaksikan mata wang tempatan itu susut ke paras RM4.49 sedolar, pada jam 10.46 pagi.

ringgitNilai ringgit juga susut melepasi paras RM4.500, pada 4 Januari lalu.

Kedudukan paling lemah ringgit sejak negara dilanda krisis kewangan Asia 1998 itu tercetus selepas dolar AS memulakan aliran kenaikan ketara ke paras tertingginya sejak 2002 selepas pengumuman data pertumbuhan kukuh sektor pengilangan negara itu.

Harga minyak semalam berada di paras tertinggi dalam tempoh seminggu berikutan berita Arab Saudi mengurangkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan OPEC untuk menyekat bekalan.

Stok minyak mentah AS jatuh mendadak ketika menamatkan tahun lalu, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga (IEA).

Dengan keputusan mengurangkan tujuh juta tong, tetapi stok petrol dan sulingan melonjak apabila penapis meningkatkan pengeluaran untuk mengurangkan inventori minyak mentah, amalan biasa pada akhir tahun untuk mengelakkan cukai lebih tinggi.

Operasi penapisan minyak meningkat mendadak terutama di Pantai Teluk AS iaitu hab penapisan minyak utama di negara itu.

Dalam kumpulan mata wang utama lain, ringgit jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1269/1329 dari 3.1251/1297 semalam dan menyusut berbanding yen kepada 3.8636/8697 dari 3.8441/8479.

Unit tempatan susut berbanding pound kepada 5.5482/5588 daripada penutup Khamis (5 Januari) 5.5150/5217 dan lemah berbanding euro kepada 4.7375/7457 dari 4.7089/7140.

-NFN-