Categories
SELANGOR

Worldwide Holding komited kukuh agenda pendidikan negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 27 JAN : Worldwide Holding Berhad (Worldwide Holdings) komited memainkan peranannya sebagai syarikat milik kerajaan Selangor untuk menyumbang kepada agenda pembangunan pendidikan negeri.

Ketua Bahagian Komunikasinya, Ami Nardin Ishak berkata, tumpuannya terarah kepada pelaksanaan dasar pendidikan sedia ada seperti diumumkan dalam Belanjawan Negeri, Oktober lalu.

“Worldwide menyokong program Kerajaan Negeri dalam usaha melahirkan mahasiswa dan penghafaz Al-Quran melalui program Pendidikan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Worlwide PPAS (3)“Tidak terhenti setakat itu, kami turut membantu dalam usaha memperkasakan sistem pendidikan di bawah Program Penerbitan Buku Sekolah Rendah Agama yang menggunapakai sukatan dan modul pendidikan JAIS.

“Komitmen yang dilaksanakan ini diharap mampu membantu segala bentuk keperluan pendidikan dan tangungjawab sosial pihak kami kepada agenda pembangunan pendidikan,” katanya.

Beliau diminta mengulas komitmen berterusan dan pelan jangka panjang pihaknya meneruskan tangungjawab sosial CSR kepada masyarakat di negeri ini.

Worldwide Holding adalah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang giat mendukung pelaksanaan dasar yang dibangunkan Kerajaan Negeri.

Untuk tempoh 2016 lalu, antara inisiatif utama dijalankan syarikat tersebut termasuklah penyediaan modul pendidikan bagi kegunaan masyarakat Islam Champa, di Kemboja.

Malah, syarikat itu juga turut menaja program pendidikan tahfiz, Al-Quran dan Al- Qiraat di Intitusi pendidikan negeri.

-nR-