Categories
SELANGOR

3K bawa agenda perkasakan Sunnah Wal Jamaah, pemantapan institusi keluarga

OLEH NAZLI IBRAHIM

AMPANG, 25 FEB: Jelajah Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) pada tahun ini menumpukan dua agenda utama iaitu ‘Pemerkasaan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Pemantapan Institusi Agama’ yang diharapkan dapat difahami dan dihayati oleh umat Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, agenda itu dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada umat Islam untuk mengelakkan daripada ajaran sesat dan juga kepentingan institusi kekeluargaan.

“Ini dua perkara yang saya rasakan sangat penting yang perlu diberikan perhatian oleh seluruh masyarakat di Selangor,” kata Ahmad Yunus ketika merasmikan Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) Daerah Hulu Langat di Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasek Tambahan, di sini, malam tadi.

Jelasnya, selain isu ajaran sesat yang memerlukan tindakan pantas dan kerjasama semua pihak, kes perceraian di Selangor juga merupakan yang tertinggi di seluruh negara buat tiga tahun berturut-turut.

Sementara itu, program 3K yang berlangsung meriah dengan pelbagai program keilmuan dan gerai makanan yang disediakan.

Antaranya forum agama yang menampilkan beberapa penceramah terkenal negara, kaunter agensi dan jabatan kerajaan dan lain-lain lagi.

=EZY=