Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

ADN: Dhuha PKM Taman Templer terus diperkasa

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 3 FEB: Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer meneruskan program dhuha sebagai salah satu aktiviti menjadikan dataran stadium sebagai dataran ilmu.

dhuha templer (2)ADN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata, tahun ini adalah tahun kelima program itu berjaya dijalankan, sejak 2013.

“Sehingga ke hari ini, kita tidak pernah terlepas laksanakan program dhuha yang diadakan pada setiap bulan, pada minggu keempat.

“Majlis ilmu adalah taman syugra. Sambutan yang kita terima setiap bulan juga amat menggalakkan,” katanya ketika ucapan perasmian Program Dhuha di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang, pada 28 Januari lalu.

Bagaimanapun, Zaidy berkata, kuliah itu akan dianjakkan ke minggu ketiga kerana Masjid Selayang Baru juga turut melangsungkan kuliah dhuha.

“Banyak surau dan masjid di sini melaksanakan kuliah dhuha yang amat menggalakkan. Tahun ini kita akan buat pada minggu ketiga untuk elak percanggahan, di samping memberi peluang kepada orang ramai hadir ke semua program dhuha, setiap minggu,” katanya.

Selain itu, turut diadakan laman niaga untuk memeriahkan program seperti ‘Car Boot Sale’ dan gerai ibu tunggal.

-NFN-