Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Bekalan air pulih sepenuhnya di Shah Alam dan Petaling

SHAH ALAM 24 FEB: Bekalan air di beberapa kawasan di Shah Alam dan Petaling yang terjejas akibat paip pecah di Persiaran Selangor, Seksyen 15 Shah Alam telah pulih sepenuhnya.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata penghargaan kepada semua pengguna di atas kesabaran menghadapi gangguan bekalan air sepanjang insiden di luar jangkaan ini.

Walau bagaimanapun, pengguna dinasihati untuk sentiasa menggunakan air secara berhemat.

Maklumat terkini mengenai perkhidmatan air boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas” atau ikuti Facebook “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor” .

“Segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya dalam kenyataan media.

=EZY=