Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Ceroboh pusat hiburan, polis tahan Jamal

KUALA LUMPUR, 2 FEB: Polis dikatakan menahan Datuk Seri Jamal Yunus dipercayai bagi membantu siasatan membabitkan isu menceroboh pusat hiburan, di sini, akhir tahun lalu.

jamal1Menurut laporan, polis mengepung rumah Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu di Ampang, bagi tujuan berkenaan dipercayai sebelum tengah hari ini.

Jamal dikatakan memberi kerjasama dengan keluar dari kediamannya dan ditahan dengan memasuki kenderaan polis untuk dibawa ke Balai Polis Ampang.

Penahanan itu dilakukan difahamkan berkaitan dengan insiden membabitkan Jamal dan kumpulan Gerakan Baju Merah yang dilaporkan melakukan ‘serbuan’ di beberapa premis pusat hiburan yang didakwanya menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan penahanan itu.

-NFN-