Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri alu-alukan siasatan SPRM

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 25 FEB: Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan siasatan menyeluruh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bila-bila masa dan memberikan kerjasama kepada badan itu.

Exco Kerajaan Negeri itu berkata ada laporan SPRM dibuat sebelum ini terhadap Kerajaan Negeri beberapa kali dan Kerajaan Negeri memberikan kerjasama baik kepada SPRM.

“Kita tidak gentar kerana tiada apa diselindungkan. Namun, setakat ini, tiada kes yang diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, rakyat disaran membuat laporan kepada SPRM jika wujud isu program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Katanya, ia adalah langkah terbaik bagi memastikan sesebuah kerajaan ditadbir dengan telus di samping mengelak salah laku dan rasuah.

“Kita sememangnya sangat menggalakkan rakyat melaporkan kepada SPRM sekiranya terdapat perkara yang meragukan di mata mereka, biar SPRM datang siasat.

“Tetapi jangan pula datang berdemonstrasi dengan bertuala, berus gigi, dengan katil, pandu van jenazah dan sebagainya kerana itu memang tidak bertamadun.

“Jika ada apa-apa ketidakpuasan hati dan curiga, sila ikut saluran betul iaitu buat laporan SPRM. Kita sedia bekerjasama,” katanya.

=EZY=