Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Mangsa banjir Pahang catat penurunan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 3 FEB: Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan kepada 1,895 orang dari 532 keluarga setakat jam 6 pagi ini, berbanding 1,982 orang dari 555 keluarga, malam tadi.

banjirktn2Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri, Zainal Yusoff berkata, bilangan mangsa di daerah Pekan merekodkan mangsa paling ramai iaitu seramai 1,498 orang dari 418 keluarga.

“Kuantan mangsa mencatatkan seramai 218 orang dari 57 keluarga. Diikuti Maran iaitu 179 orang dari 57 keluarga,” katanya.

Keadaan banjir di Pahang yang masuk hari ke-10 kini semakin pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di tiga daerah yang masih terjejas dengan bencana itu terus berkurangan.

Sebanyak 28 pusat pemindahan sementara masih beroperasi iaitu 18 di Pekan, Maran (7) dan tiga di Kuantan.

-NFN-