Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Ringgit alami kejatuhan berbanding dolar AS hari ini

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 3 FEB: Ringgit didagangkan lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini seiring kebanyakan matawang negara Asia yang pesat membangun susulan kelemahan matawang negara maju itu selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedah.

Unit tempatan dibuka 4.4250/4.4290 berbanding dolar AS daripada 4.4220/4260 ketika ditutup, pada 31 Januari lalu.

Nota tempatan itu susut berbanding yen kepada 3.9170/3.9233 berbanding 3.9314/9367 (31 Januari) dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1375/1424 dari 3.1212/1244.

ringgitUnit tempatan itu juga lemah berbanding pound kepada 5.5397/5.5464 dari 5.6142/6197 dan rendah berbanding euro kepada 4.7613/4.7674 dari 4.7591/7641.

Peniaga berkata, Fed mengekalkan kadar faedah ketika mesyuarat pertamanya sejak Donald Trump memulakan tugas sebagai presiden AS.

“Kenyataan Fed selepas mesyuarat itu juga tidak terlalu cenderung kepada kadar faedah tinggi yang menimbulkan keraguan mengenai pelarasan kadar pada mesyuarat, pada Mac nanti,” katanya.

Di peringkat tempatan, ringgit semakin meningkat susulan kecenderungan pengukuhan bagi minggu akan datang berikutan kelemahan dolar AS, harga minyak mentah yang stabil dan asas ekonomi kukuh, kata seorang lagi peniaga.

“Kami menjangkakan ringgit meningkat lagi untuk mencecah 4.4100 berbanding dolar AS awal minggu depan,” katanya dipetik Bernama.

-NFN-