Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB ‘tenang’ bot lawat jeti nelayan habis minyak

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LANGAT, 3 FEB : Ketika Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meninjau keperluan nelayan di Jeti Nelayan Viking, di sini, berlaku insiden bot dinaikinya kehabisan minyak di tengah laluan Sungai Langat.

MB Kuala Langat (4)Walaupun situasi itu mengundang rasa panik dalam kalangan beberapa pengiring beliau, namun Mohamed Azmin tetap tenang sementara bekalan petrol baru diisi.

SelangorKini difahamkan, Dato’ Menteri Besar sempat berjenaka bersama pengiringnya bagi menenangkan mereka yang turut menaiki bot sama.

Antara pimpinan tertinggi yang turut mengiringi Mohamed Azmin dalam lawatan itu adalah Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Yunus Hairi merangkap Ahli Dewan Negeri Sijangkang dan Zaidy Abdul Talib selain Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Abdullah Sani serta pegawai kanan agensi berkaitan di daerah itu.

Terdahulu, Mohamed Azmin turun ke daerah Kuala Langat sebagai memenuhi program turun padangnya bersama kepimpinan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Azmin turut mengambil peluang menyantuni penduduk setempat di Kampung Sungai Lang Tengah, tengah hari ini.

Beliau turut menyampaikan bantuan sumbangan kepada perajurit negara yang cekal mempertahankan kedaulatan tanah air dan bumi Selangor.

-NFN-