Categories
NASIONAL

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat skandal Forex BNM

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 FEB: KEADILAN hari ini mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja dianggotai Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed bagi menyiasat skandal Forex Bank Negara Malaysia (BNM).

Pengarah Biro Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Suruhanjaya Diraja itu akan memberi kredibiliti dan kuasa meluas untuk mencari kebenaran terhadap kes lama.

Katanya, tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat Skandal Forex BNM lebih 30 tahun lalu bersifat ‘double standard’.

“Pembubaran Pasukan Petugas Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) enam bulan lalu menujukkan ‘double standard’ dan hipokrasi pentadbiran Najib.

“Pasukan Petugas Khas Siasatan 1MDB itu terdiri darip empat Tan Sri, iaitu Tan Sri Abdul Gani Patail, Dr Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Abu Kassim Mohamad dan Tan Sri Khalid Abu Bakar dibubarkan Peguam Negara baru, Tan Sri Mohamad Apandi Ali,” katanya dalam kenyataan.

Sim Tze TzinBeliau berkata, Suruhanjaya Diraja boleh melantik ‘high-powered’ kedua-dua individu itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap siasatan terbabit.

Pada masa sama, KEADILAN turut mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Skandal 1MDB bagi memastikan perkara merugikan rakyat boleh disiasat dan didakwa ke muka pengadilan.

“Laporan Suruhanjaya Diraja boleh digunakan sebagai asas kukuh untuk menuntut aset dan wang berbilion ringgit daripada kerajaan Amerika Syarikat. Ini lebih berbaloi.

“Tetapi buat masa ini, pihak berkuasa di Malaysia masih sunyi sepi,” katanya.

-AA-