Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Air Selangor ganti paip usang atasi masalah air Taman Eng Ann

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 2 MAC: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melaksanakan program penggantian paip usang bagi mengatasi masalah bekalan air di Taman Eng Ann, di sini.

Pelancaran projek penggantian Paip Air Lama di Selangor, KL dan Putrajaya 2016 - MB Azmin (ASRI) (2)Dalam kenyataan media, jurucakapnya berkata, ia adalah sebahagian inisiatif Air Selangor mengurangkan gangguan bekalan air tidak berjadual ke atas lebih 1,700 pengguna serta air tidak berhasil akibat paip usang sering pecah.

“Program ini dilaksanakan di taman perumahan itu dengan penggantian paip usang sepanjang 2.4 kilometer, bernilai kira-kira RM1.9 juta.

“Paip usang jenis Simen Asbestos digantikan dengan paip baru Polietilena Ketumpatan Tinggi (HDPE) yang lebih berkualiti dan tahan lasak serta dijangka siap dalam tempoh lebih kurang lima bulan dari sekarang,” katanya.

Berpandu kepada statistik paip pecah, katanya, Taman Eng Ann adalah kawasan kerap mengalami bekalan air tidak berjadual dan pembaziran aliran perkara berkenaan.

Sehubungan itu, ketika kerja penggantian paip dijalankan penduduk setempat akan mengalami gangguan bekalan air sementara secara berperingkat mengikut laluan air perlu diganti.

“Kerjasama penduduk amat dihargai untuk memudahkan proses penggantian ini disiapkan secepat mungkin,” katanya.

-NFN-