Categories
GLOBAL

Dua pesawat ringan bertembung

MONTREAL 18 MAC: Dua pesawat ringan bertembung di atas ruang udara sebuah pusat beli-belah hari ini, mengorbankan seorang juruterbang dan mencederakan seorang lagi.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan salah satu pesawat itu terhempas di atas bumbung pusat beli-belah Promenades Saint-Bruno, kira-kira 20 kilometer di timur Montreal, manakala satu lagi jatuh di atas lot parkir, 20 meter dari salah sebuah pintu masuk pusat beli-belah terbabit.

Jurucakap polis, Nancy Colagiacomo berkata, salah seorang juruterbang terbunuh dan seorang lagi cedera parah.

Pihak berkuasa keselamatan pengangkutan Kanada berkata, dua pesawat Cessna 152 itu milik sekolah penerbangan Cargair yang terletak berhampiran dan siasatan insiden itu sudah dilakukan.

Setakat ini, punca kemalangan yang berlaku ketika cuaca baik di ruang udara salah sebuah pusat beli-belah terbesar di kawasan itu masih tidak diketahui.

=EZY=