Categories
GLOBAL

Korea Utara siap sedia lancar ujian terbaharu peluru berpandu

WASHINGTON 29 MAC: Korea Utara didakwa bersedia untuk melakukan persediaan peringkat terakhir mancarkan peluru berpandu baharu berdasarkan imej satelit terkini,kata penganalisis berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan imej diambil pada 25 Mac lalu menunjukkan empat kenderaan atau trak peralatan berada di pintu masuk Tapak Ujian Nuklear Punggye-ri dan peralatan kabel komunikasi.

“Peralatan ini mungkin digunakan untuk ujian, mengumpul data dari letupan dan memproses data,” lapor 38 North, iaitu sebuah projek di Institut Korea-AS di Universiti John Hopkins, dekat sini.

Penyelidik mendapati air dipam keluar dari tapak ujian dan disalurkan ke bawah bukit bagi memastikan terowong sentiasa kering untuk tujuan peralatan pemantauan atau komunikasi.

“Gabungan faktor ini jelas menunjukkan ujian persediaan sedang berjalan termasuk pemasangan peralatan,” kata penyelidik.

=EZY=