Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Gempa bumi dikesan di Lahad Datu

SHAH ALAM 29 MAC: Satu gempa bumi lemah dikesan dengan kekuatan magnitud 3.4 pada skala Richter berlaku di Lahad Datu pada jam 6.26 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan pusat gempa bumi terletak di 4.8° Utara dan 118.5° Timur, 25 kilometer dari Timur Laut dari Kunak, Sabah. Gegaran mungkin dirasai di kawasan Lahad Datu.

MetMalaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini.

Pada 5 Jun 2015, Sabah digegar dengan gempa bumi pada 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah pada jam 7.15 pagi.

Setakat ini Sabah mempunyai dua stesen seismik ‘strong motion’ iaitu di Ranau dan Lembah Danum.Enam stesen seismik ‘weak motion’ di Sandakan, Kudat, Kota Kinabalu, Sepulut, Tawau dan Lahad Datu.

Stesen seismik ‘strong motion’ yang baru dipasang di Keningau, Sandakan, Kota Belud dan Kota Kinabalu; tiga lagi stesen ‘weak motion’ (Ranau, Semporna dan Lembah Danum).

=EZY=