Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Titah DYMM Sultan bukti Selangor berjaya laksana janji

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 MAC: Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Istiadat Pembukaan Persidangan Negeri Selangor ke-13 Tahun 2017 jelas membuktikan Kerajaan Negeri berjaya melaksanakan program pembangunan dan kebajikan untuk rakyat seperti dijanjikan.

Azmin-Rakyat-300x200Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, baginda bertitah demikian apabila baginda sendiri mengikuti perkembangan prestasi Kerajaan Negeri dengan teliti.

“Saya melihat tuanku bertitah hari ini bermula dengan pemerhatian baginda sejak setahun lalu apabila tuanku secara peribadi mengikuti perkembangan prestasi ekonomi negeri dan tuanku menitahkan beberapa faktor ekonomi yang cukup positif selain perlu dipertahankan. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri melaksanakan apa yang janjikan kepada rakyat beberapa tahun lalu.

“Tuanku gembira dengan prinsip ini yang menjadi dasar Kerajaan Negeri tetapi kita mesti teruskan usaha baik ini untuk menghadapi cabaran besar, pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Negeri Selangor ke-13 Tahun 2013 pagi tadi jelas membuktikan Kerajaan Negeri di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, baginda turut mengingatkan bahawa tahun ini adalah tahun mencabar apabila menyentuh isu fundamental ekonomi dan menitahkan supaya prinsip intergriti dipertahankan.

-NFN-