Categories
SELANGOR

MPSJ: Kes denggi menurun, 200 tin aerosol diedar

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 MAC: Kes demam denggi mencatatkan penurunan sebanyak 47 peratus di kawasan seliaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sejak Januari hingga Februari lalu.

Yang Dipertuan MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahamd Dahlan berkata, 895 kes demam denggi dicatatkan berbanding 1,707 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, menerusi pelancaran Semburan Aerosol ‘satu rumah, satu aerosol’ yang dilancarkan Kerajaan Negeri untuk semua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT), MPSJ memilih Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16 sebagai lokasi tapak pelancaran program.

ydp mpsj“Sebanyak 200 tin aerosol di sumbangkan Kerajaan Negeri diedar ke rumah yang menjalani pemeriksaan tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Penduduk juga dimaklumkan secara terus berkaitan pencegahan denggi dan penggunan aerosol secara selamat,” katanya.

Hisham berkata, terdapat 17 lokasi direkod sebagai lokasi panas demam denggi termasuk di DUN Sri Serdang, Seri Kembangan, Kinrara dan Subang Jaya.

Tambahnya lagi, MPSJ bersama Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan membuat kawalan denggi secara ‘fogging’ dan ‘larvasiding’ seperti ditetapkan.

“Jika penduduk turut memberi kerjasama sama dengan membuat semburan di dalam rumah selain nyamuk aedes dapat dihapuskan secara tidak langsung kes deman denggi juga dapat diturunkan.

“Ahli Majlis juga digalakkan melaksanakan aktivii gotong-royong bersama Jawatankuasa Penduduk (JKP) menghapuskan tempat pembikan aedes,” katanya,

Katanya, ahli majlis boleh memohon pembelian aerosol daripada ADN kerana kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukkan sebanyak RM10,000 disetiap DUN untuk program semburan aerosol.

-nR-