Categories
NASIONAL

Segerakan iktiraf sijil UEC

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Kerajaan Persekutuan didesak mendesak supaya menyatakan segera status pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong berkata secara ringkas jawapan bertulis diberikan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendapati UEC didapati tidak akur dengan kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan di bawah Akta 550 Akta Pendidikan 1996.

“Kerajaan Persekutuan seharusnya melihat Sijil UEC ini sebagai satu aset penting kepada negara kita.

“Sebelum ini Timbalan Menteri (Senator Datuk Ching Sin Woon) dalam ucapannya seolah-olah memberikan harapan kepada pelajar dan ibu bapa mengenai UEC,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Lobi Parlimen.

Dalam perkembangan sama beliau turut membidas kelewatan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan berjumlah RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan RM25 juta untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Cina (SMKC) untuk 2016.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam Kementerian Pendidikan. Sehingga Mac 2017, peruntukan masih belum diberikan.

“Jika Kerajaan Persekutuan gagal memberikan peruntukan seperti diumumkan Perdana Menteri pada Bajet 2016, ini satu perkara serius kerana mereka menunggu peruntukkan untuk menyelenggara infrastruktur sekolah yang agak uzur,” katanya.

Berdasarkan jawapan bertulis diterima di Dewan Rakyat, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menurunkan peruntukan penyelenggaraan SJKC secara berperingkat bermula 26 Februari 2017.

=EZY=