Categories
NASIONAL

Tingkat keselamatan elak serangan siber

SHAH ALAM 11 MAC: CIMB Bank mengarahkan semua kakitangannya mempertingkatkan langkah keselamatan di semua rangkaian IT bank itu bimbang dengan kemungkinan serangan siber susulan ketegangan politik dengan Korea Utara.

Laman berita niaga Nikkei Asian Review memetik nota dalaman bank itu mengarahkan staf lebih cermat dan mematuhi tujuh amalan terbaik, termasuk tidak membuka emel yang mengandungi fail meragukan.

“Kami sentiasa berwaspada dalam memastikan negara selamat dalam apa jua keadaan, termasuk ini,” Nikkei turut memetik seorang jurucakap polis.

Hubungan Korea Utara dan Malaysia di tahap paling rendah sejak empat dekad kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik.

Ia susulan kematian Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, pada bulan lalu.

=EZY=