Categories
EKONOMI

TOP 5: Lima FAKTA pelaburan ekonomi Selangor yang WOW!

TOP 5

1. Jumlah pelaburan Selangor pada 2016 berjumlah RM7.88 bilion disebalik ekonomi global yang tidak menentu serta kejatuhan nilai ringgit di pasaran dunia.

2. Selangor muncul negeri paling progresif di Malaysia dan menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

3. Berdasarkan bilangan projek berkaitan, Selangor jadi negeri PERTAMA dan masih mendahului semua negeri lain dengan 242 projek pembuatan yang diluluskan pada 2016.

4. Pusat Aeroangkasa Antarabangsa Malaysia dan Bandar Aeroangkasa Asia, kedua-duanya terletak di Subang, Selangor mengukuhkan lagi imej Malaysia dan Selangor ke arena antarabangsa. 62 peratus industri aeroangkasa negara beroperasi di Selangor.

5. UMW Corporation dengan kerjasama Rolls Royce membangunkan kilang pengeluaran ‘Fan Case’ berteknologi tinggi berkeluasan 20 ekar di Serendah, Selangor dengan nilai pelaburan sebanyak RM830 juta.

SUMBER: MIDA/INVEST SELANGOR

DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT