Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Umno upah saksi bantahan siasatan awam SPR?

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 MAC: Wujud petikaian membabitkan penglibatan Umno bahagian Sepang jika parti itu ‘mengupah’ beberapa individu sebagai saksi bantahan terhadap kes siasatan awam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pagi ini.

Perkara itu didedahkan salah seorang Orang Kena Bantah yang mendedahkan paparan alamat saksi pembantah beralamat di Bangunan Umno Sepang dalam kenyataan bertulis diterimanya, pagi ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan saksi pembantah didalangi Umno bahagian Sepang bagi membolehkan proses pengundian berpihak kepada parti itu.

“Saya dipanggil SPR pagi ini untuk siasatan pihak mereka, namun mendapat maklumat alamat pembantah dan saksi dalam kes ini adalah di Umno Sepang.

SPR (6)“Merujuk kepada kes saya, Hakim menetapkan supaya pembantah membayar penalti RM100 dan saya percaya (wang) ini datangnya daripada Umno Sepang,” katanya selepas hadir ke Pejabat SPR, pagi ini.

Beliau menguatkan kenyataaannya menerusi helaian dokumen mengaitkan dua individu sebagai pembantah dan saksi di alamat Bangunan Umno Sepang, Jalan 1D/2, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.

Pada masa sama, beliau berkata, wujud keraguan apabila hanya majoriti besar masyarakat Cina dipanggil bagi memberikan keterangan dalam kes berkenaan.

Hasil tinjauan SelangorKini, kira-kira 50 individu berbangsa Cina yang jugapengundi di kawasan Parlimen Sepang dipanggil bagi memberikan keterangan kepada SPR, pagi ini.

Mereka semua diminta hadir berkaitan pendaftaran semula alamat baru yang didakwa wujudnya ‘alamat tidak dikenali’ pengundi di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, timbul spekulasi bantahan baru kes pagi ini dibuat bagi memecahkan populasi undian masyarakat Cina dan Melayu di Parlimen Sepang.

Sebelum ini, wujud dakwaan daripada komponen Pakatan di Selangor yang mengaitkan proses persempadanan semula SPR membolehkan Umno memperoleh jumlah undian lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14.

-NFN-