Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

AS serang Syria, sasar pangkalan udara

WASHINGTON, 7 APRIL: Tentera Amerika Syarikat (AS) mula menyerang Syria apabila lebih 60 peluru berpandu Tomahawk dilepaskan ekoran serangan senjata kimia ke atas orang awam.

AS menyasarkan jet pejuang Syria, landasan kapal terbang dan stesen bahan api dalam serangan peluru berpandu ke atas sebuah pangkalan udara Syria, kata seorang pegawai AS.

Peluru berpandu itu meledak tepat ke sasaran, pada jam 3.45 pagi waktu tempatan di Syria, hari ini.

Ia adalah tindak balas Presiden AS, Donald Trump terhadap serangan kejam gas beracun di Syria yang menyaksikan Washington menyalahkan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Dalam pada itu, Trump meminta semua negara yang bertamadun menyertai mereka mengakhiri pembunuhan beramai-ramai di Syria.

Trump berkata, “keamanan dan keharmonian akan dikembalikan” selagi AS terus mempertahankan keadilan.

Sumber: Reuters

-AA-