Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

BLOOMBERG lapor Tun M ramal nasib BN bakal berakhir

SHAH ALAM 12 APRIL: Agensi Berita Antarabangsa BLOOMBERG melaporkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan pemerintahan Barisan Nasional bakal berakhir selepas pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata dalam wawancara bersama BLOOMBERG menyatakan sentimen akar umbi yang kuat menunjukkan menerima sokongan majoriti rakyat.

Laporan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya pada tahun ini, walaupun mandat Barisan Nasional (BN) hanya berakhir Mei tahun depan.

“Hari ini, anda bercakap dengan semua orang pun, sesiapa pun, tidak seorang pun ada kata-kata baik mengenai kerajaan, terutama Najib,” kata Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir mengakui BN mungkin dikuatkan susulan kegagalan Pakatan Harapan untuk meyakinkan PAS menyertai gabungan pembangkang itu.

Menurutnya, sesiapa yang bertanding di luar gabungan itu dianggap “penyokong Najib, penyokong BN”.

“Kerana kesannya ialah undi kepada gabungan (pembangkang) akan berkurang, memecahkan undi pembangkang, yang sudah tentu membantu kemenangan Najib,” katanya.

=EZY=