Categories
GLOBAL

Bom MOAB: Gugur di Afghanistan, kesan di Korea Utara

WASHINGTON, 14 APRIL: Tindakan Amerika Syarikat (AS) menggugurkan bom GBU-43B Massive Ordnance Air Blast (MOAB) di Afghanistan dilihat isyarat kepada Korea Utara bahawa negara itu berdepan nasib sama jika terus bertindak melancarkan ujian nuklear.

Kenyataan itu dikeluarkan seorang pakar AS pada Khamis, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Jenis bom bukan nuklear terbesar yang digunakan tentera AS ialah GBU-43B Massive Ordnance Air Blast (MOAB), mensasarkan terowong kompleks militan DAESH.

Bom GBU-43 seberat 21,600 pound (9797 kg), yang mempunyai 11 tan bahan letupan, digugurkan dari pesawat MC-130 di daerah Achin di wilayah Nangarhar, berhampiran dengan sempadan dengan Pakistan

“GBU-43/B adalah bom terbesar bukan nuklear yang pernah digunakan dalam pertempuran,” kata Jurucakap Tentera Udara, Kolonel Pat Ryder.

Dalam serangan menggunakan bom MOAB itu dilaporkan seramai 36 militan dipercayai terbunuh.

https://selangorkini.my/2017/04/as-gugur-bom-bukan-nuklear-terbesar/

=EZY=