Categories
GLOBAL

Empat kanak-kanak terkorban serangan Tomahawk AS

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT 8 APRIL: Serangan peluru berpandu Amerika Syarikat ke atas pengkalan udara Syria turut empat kanak-kanak terbunuh serta beberapa orang awam terbunuh.

Agensi berita SANAA melaporkan, sembilan orang awam termasuk empat kanak-kanak yang terbunuh itu berlaku di kampung Shayrat, luar pangkalan udara yang berkongsi nama yang sama.

Ia melaporkan empat terbunuh di dua kampung berdekatan Al Hambrat dan Al Manzul.

Sementara itu, kumpulan pemerhati berkata, serangan AS telah menyebabkan empat tentera terbunuh dan memusnahkan kemudahan.

“Seorang komander udara antara empat anggota tentara terbunuh,” kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

“Pangkalan udara itu hampir musnah, landasan, tangki bahan api dan pertahanan udara, berkecai,” kata kumpulan pematau itu yang berpangkalan di Britain.

White House berkata serangan adalah bagi menghalang penggunaan senjata kimia dan bukan sebahagian daripada kempen ketenteraan untuk menghapuskan Assad.

=EZY=