Categories
NASIONAL

Gangguan bekalan air sementara

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 APR: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Petaling dilapor sedang mengalami gangguan bekalan air sementara.

Menerusi kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ia disebabkan paip air utama pecah di belakang Bangunan ELC International School, Jalan Sierramas Barat, Sungai Buloh.

“Kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan dianggar mengambil tempoh masa selama 48 jam untuk siap sepenuhnya.

SYABAS potong air haram (ASRI) (2)“Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan selesai. Segala kesulitan amat dikesali,” kata kenyataan berkenaan.

Antara kawasan terbabit termasuk Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Menara Telekom, KL Sentral, Tropicana Golf & Country Resort dan Hospital Sungai Buloh.

Untuk senarai penuh dan maklumat terkini, orang ramai boleh kunjungi laman sesawang rasmi www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit pintar ‘mySyabas’.

Orang ramai juga boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip: Tanker<jarak> Nama & Alamat).