Categories
GLOBAL

Kapal pengangkut pesawat buatan sendiri China dilancar

CHINA 26 APRIL: Kapal pengangkut pesawat pertama buatan sendiri China 001A dirasmikan hari ini di limbungan kapal Dalian, lapor Media China XINHUA.

Timbalan Pengerusi Central Military Commission, Fan Changlong, hadir dalam perasmian kapal pengangkut pesawat itu.

Kapal buatan itu juga adalah kapal pengangkut pesawat kedua China dengan sebelum ini kapal Liaoning memulakan perkhidmatan pada 2012.

Ia menjadikan China negara ketujuh dunia yang berkeupayaan membina kapal pengangkut sendiri selepas Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Peranchis, Itali dan Sepanyol.

Kapal pengangkut pesawat itu mempunyai panjang 305 meter. Berkelajuan 32 knot (59 km/h; 37 mph) mempunyai jarak jangkauan sehingga (7,130 km; 4,430 mil).

Ia mampu membawa sehingga 48 pesawat pejuang pelbagai jenis serta 1,960 krew dan seramai 626 pasukan udara.

https://selangorkini.my/2017/04/kapal-pengangkut-made-in-china-sedia-menggugat-perbelanjaan-tentera-dunia-meningkat/

 

qifX9e5q

=EZY=