Categories
GLOBAL

Kapal selam nuklear USS Michigan tiba di Korea Selatan

SEOUL 25 APRIL: Kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat (AS), USS Michigan berlabuh di Korea Selatan hari ini.

Kapal selam itu dibina untuk membawa peluru berpandu balistik kapal selam dan peluru berpandu Tomahawk.

Ia sebagai lambang kekuatan ekoran kebimbangan Korea Utara mungkin menyambut ulang tahun penubuhan angkatan tenteranya dengan pelancaran peluru berpandu atau ujian nuklear, mengingkari tekanan Washington dan China.

REUTERS melaporkan ketibaan kapal itu di pelabuhan diumumkan tentera AS di Korea Selatan, ketika perwakilan nuklear kedua-dua negara berserta Jepun bertemu di Tokyo untuk membincangkan tindak balas terhadap keengganan Korea Utara menghentikan program nuklearnya.

Semalam, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggesa sekatan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Pyongyang kerana mengancam dunia dan ‘masalah yang perlu kita diselesaikan’.

“Status quo di Korea Utara juga tidak boleh diterima. Majlis ini perlu bersedia mengenakan sekatan tambahan lebih tegas terhadap program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara,” kata Trump.

SUB AS1

General characteristics
Class and type: Ohio-class
Displacement:
  • 16,764 metric tons (16,499 long tons) surfaced[1][2]
  • 18,750 metric tons (18,450 long tons) submerged[1]
Length: 560 ft (170 m)
Beam: 42 ft (13 m)[1]
Draft: 38 ft (12 m)
Propulsion:
  • 1 × S8G PWR nuclear reactor[1]
  • 2 × geared turbines[1]
  • 1 × 325 hp (242 kW) auxiliary motor
  • 1 × shaft @ 60,000 shp (45,000 kW)[1]
Speed: Greater than 25 knots (46 km/h; 29 mph)[3]
Test depth: Greater than 800 feet (240 m)[3]
Complement:
Armament:

=EZY=