Categories
SELANGOR

LZS santuni muallaf

SHAH ALAM, 20 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menziarahi dua keluarga muallaf di Kampung Orang Asal Bukit Bandaraya Seksyen 8, di sini, selepas kisah mereka tular di akhbar tempatan, baru-baru ini.

Berkongsi paparan di Facebook, wakil LZS meluangkan masa menziarahi keluarga Suraiman Mela yang merupakan asnaf miskin berdaftar di bawah institusi terbabit.

“Suraiman mempunyai lima tanggungan iaitu isteri dan empat orang anak. Beliau menerima bantuan kewangan bulanan RM350, persekolahan dan raya.

“Beliau kini bekerja dengan pendapatan RM1200,” kata LZS.

Sementara itu, keluarga kedua, Dahlan Mela yang juga penerima zakat akan menerima bantuan kewangan bulanan daripada LZS dalam tempoh terdekat.

Beliau kini bekerja sendiri dengan anggaran pendapatan RM600 ke RM800 sebulan.