Categories
NASIONAL

Pantau Skim Insurans Pekerja pastikan telus berintegriti

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 APRIL: Pengurusan Skim Insurans Pekerja (EIS) mesti dipantau dengan penuh teliti pelaksanaannya agar dana dibentuk ditadbir urus dengan berintegriti.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau tidak mahu penyalahgunaan dana terhadapt skim tersebut berlaku.

“Kita menyokong skim ini tetapi pelaksanaannya mestilah dipantau dengan penuh teliti. Dana yang dibentuk harus ditadbir secara bebas, dengan penuh kebertanggungjawaban serta berintegriti.

“Kerana kita tidak mahu kes penyalahgunaan dana seperti kes Tabung Haji, Kumpulan Wang Persara (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan sebagainya yang telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan Skim Insurans Pekerja (EIS) bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.

=EZY=