Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 12 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

 
1. Lantikan Menteri Tugas Khas Hishammuddin imbau kisah Anwar dipecat

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution membayangkan wujudnya gelombang besar bakal berlaku membabitkan kepimpinan tertinggi Umno Barisan Nasional (BN).

Ia susulan pelantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas, di Jabatan Perdana Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

https://selangorkini.my/2017/04/lantikan-menteri-tugas-khas-hishammuddin-imbau-kisah-anwar-dipecat/

 

2. Asteroid sebesar Menara Shanghai lintasi Bumi 19 April

Sebuah asteroid diberi nama 2014 JO25 dilaporkan bakal melintasi ‘hampir’ dengan Bumi pada 19 April 2017 (Rabu) nanti.

Portal FALAK ONLINE melaporkan asteroid itu dipercayai mempunyai diameter sepanjang 650 meter, bakal melintasi Bumi pada jarak selamat, iaitu sejauh 1.8 juta kilometer, atau lebih kurang 4.6 kali ganda lebih jauh dari Bulan.

https://selangorkini.my/2017/04/asteroid-sebesar-menara-shanghai-lintasi-bumi-19-april/

 
3. BLOOMBERG lapor Tun M ramal nasib BN bakal berakhir

Agensi Berita Antarabangsa BLOOMBERG melaporkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan pemerintahan Barisan Nasional bakal berakhir selepas pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata dalam wawancara bersama BLOOMBERG menyatakan sentimen akar umbi yang kuat menunjukkan menerima sokongan majoriti rakyat.

https://selangorkini.my/2017/04/bloomberg-lapor-tun-m-ramal-nasib-bn-bakal-berakhir/

 
4. Pertemuan MB – Nadhlatul, singkap muafakat Islam nusantara

Pertemuan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama Ketua Umum PB Nadhlatul Ulama, Profesor Dr KH. Said Aqil memberi tumpuan kepada perbincangan pembangunan Islam sejagat berteraskan prinsip Ahli Sunnah Waljamaah.

Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, perbincangan mengambil kira kemelut isu perbezaan pandangan membabitkan masyarakat Islam nusantara kini.

https://selangorkini.my/2017/04/pertemuan-mb-nadhlatul-singkap-muafakat-islam-nusantara/

 
5. Apa berita menarik ANTARABANGSA hari ini? AS yakin Syria miliki senjata kimia, Tun M ramal era BN berakhir, Korea Utara ancam guna nuklear

https://selangorkini.my/2017/04/apa-berita-menarik-antarabangsa-hari-ini-as-yakin-syria-miliki-senjata-kimia-tun-m-ramal-era-bn-berakhir-korea-utara-ancam-guna-nuklear/

 
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT