Categories
GLOBAL

40 cedera bom gegar Pattani

BANGKOK 9 MEI: Sekurang-kurangnya 40 cedera apabila dua letupan bom menggegarkan Pattani hari ini.

Kejadian letupan dipercayai menggunakan kereta itu berlaku pada jam 2 petang di luar sebuah pasar raya.

Imej kesan letupan bom itu dimuat naik ke laman media sosial menunjukkan kemusnahan teruk di kawasan itu sambil pasukan perubatan membantu mangsa terlibat.

Pegawai Polis Kapten Preecha Prachumchai berkata, bom pertama yang meletup adalah kecil manakala yang kedua adalah besar sehingga menyebabkan ramai cedera.

“Ketika ini sekurang-kurangnya 40 cedera, seorang dalam keadaan serius” katanya lapor AFP.
=EZY=