Categories
GLOBAL

Apa Berita Antarabangsa hari ini?

Berikut adalah rangkuman berita antarabangsa sehingga jam 10.00 pagi:
1. LONDON: Lebih ramai anggota polis ditempatkan di jalan raya sekitar ibu kota ini susulan serangan pengebom nekad di Manchester. REUTERS

 

2. LONDON: Ratu Elizabeth II mengutuk serangan bom di Manchester Arena dan menganggapnya ‘perbuatan kejam,’ sambil menyatakan simpati kepada mangsa dan anggota penyelamat. – AFP

 

3. PARIS: Lampu Menara Eiffel dipadamkan sebagai menghormati mangsa serangan bom nekad di Manchester Arena, London kata Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo.

Serangan di konsert bintang pop Amerika, Ariana Grande itu meragut sekurang-kurangnya 22 nyawa, setakat ini adalah insiden paling berdarah di Britain dalam 12 tahun. – AFP

 

4. BOSASSO: Lanun Somalia merampas kapal nelayan Iran untuk dijadikan pangkalan melancarkan serangan ke atas kapal lebih besar dan bernilai.

“Sekumpulan lanun Somalia merampas kapal nelayan Iran dan menggunakan ia sebagai kapal induk merampas kapal lain,” kata Datuk Bandar Haabo di Puntland, Ali Shire. – REUTERS

 

5. KANDAHAR: Sekurang-kurangnya 10 anggota tentera Afghanistan maut apabila militan Taliban menyerang pangkalan tentera di wilayah Kandahar, kata pegawai.

Serangan itu yang terbaharu ke atas tentera yang disokong Barat. Serangan di daerah Shah Wali Kot lewat kelmarin berlaku sehari selepas 20 anggota polis Afghanistan maut apabila anggota Taliban menyerang pangkalan luar mereka di wilayah Zabul. – AFP

 
6.WASHINGTON: Seorang wanita dari California ditahan kerana dituduh berkomplot mendapatkan dan mengeksport teknologi komunikasi sensitif angkasa lepas secara haram ke negara kelahirannya, China. – REUTERS

 
7. KATHMANDU, Nepal – Tiga pendaki meninggal dunia di atas Gunung Everest pada hujung minggu lalu dan seorang lagi masih hilang, kata beberapa pegawai.

Kejadian itu disifatkan sebagai insiden paling buruk sejak runtuhan salji melanda base camp dan mengorbankan 18 pendaki dua tahun lalu. – AFP

 
8. MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di Kota Marawi, Mindanao, selatan negara itu selepas berlaku pertempuran sengit di antara tentera dan militan yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh.

Jurucakap Presiden, Ernesto Abella membuat pengumuman itu di Moscow, ketika Duterte mengunjungi negara berkenaan. – REUTERS

 
9. KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Bhd dijangka membuat pengumuman tengah hari ini dan meminta sahamnya di Bursa Malaysia Securities digantung bermula 9 pagi tadi. Konglomerat itu berkata, Bursa Malaysia sudah meluluskan permintaan supaya dagangan sahamnya digantung. – BH ONLINE

 
10. NEW YORK: Perdana Menteri Turki Binali Yildirim bertemu dengan Duta Amerika Syarikat ke PBB Nikki Haley bagi membincangkan isu krisis kemanusiaan pelarian Syria. – ANADOLU AGENCY

 
11. NEW YORK (PBB): Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bercadang menyalurkan AS$40.5 juta (RM174.3 juta) bagi misi badan dunia itu di Haiti kepada dana khas bagi membantu mangsa taun. Setiausaha Agung, Antonio Guterres, dilapor mengemukakan cadangan itu kepada Perhimpunan Agung PBB. – AFP

 

DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT