Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Facebook alami masalah di Asia, Australia, Amerika Syarikat

SHAH ALAM 9 MEI: Pengguna media sosial dibeberapa bahagian dunia dilaporkan mengalami masalah untuk akses laman itu kira-kira jam 9.00 pagi hari ini.

Ia hanya memaparkan tulisan “Sorry, something went wrong,” read the error message. “We’re working on it and we’ll get it fixed as soon as we can.”

Menurut Downdetector, Facebook mengalami masalah akses sejak jam 9.20 pagi dan berlarutan lebih sejam sebelum pulih sedia kala.

Dilaporkan masalah sama melanda di beberapa negara Asia seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Jepun, Filipina dan Laos.

Ia juga turut mengalami masalah di Australia, New Zealand, Mexico dan Canada, Argentina dan Amerika Syarikat.

=EZY=