Categories
GLOBAL

Ini dilakukan Macron di hari pertama Presiden Perancis

PARIS 16 MEI: Presiden baharu Perancis, Emmanuel Macron menjalani kerja di hari pertama sebagai Presiden dengan agenda dan pendekatan baru bagi halatuju negara itu dan Eropah.

Beliau berikrar mahu mengatasi masalah perpecahan dalam masyarakat serta membangunkan Perancis sebagai negara yang kuat di dunia.

Katanya dunia dan Eropah memerlukan Perancis yang lebih kuat untuk bersuara lebih lantang demi kebebasan dan kedaulatan.

Tambah beliau, pasaran buruh juga menjadi lebih longgar di bawah pentadbirannya dan suasana mesra perniagaan akan diwujudkan.

Macron menuju ke Berlin untuk berunding dengan Canselor Jerman Angela Merkel untuk membincangkan bagaimana dua kuasa Eropah itu dapat memacu pembaharuan blok terbabit.

MacronDalam pada itu Macron melantik seorang Perdana Menteri aliran konservatif sebagai langkah meluaskan kuasa politiknya dan melemahkan parti pembangkang sebelum pilihan raya dewan perundangan atau Parlimen pada Jun ini.

Edouard Philippe, 46, seorang ahli parlimen dan Datuk Bandar bandar pelabuhan Le Havre, adalah dari parti The Republican dan akan menjadi pengimbang kepada bekas Ahli Parlimen Sosialis yang telah menyertai gerakan Macron.

Seperti Macron, Philippe adalah produk kolej elit Perancis, ENA untuk kakitangan awam kanan serta pernah bekerja seketika dalam sektor swasta.

Seorang daripada pembantu Macron mengalu-alukan pelantikan itu dengan berkata ia satu ‘tindakan bagus’ dan membantunya ‘memecahkan pihak kanan.’

Bulan ini Macron mengundang Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk jamuan makan tengah hari yang dijadualkan berlangsung di Kota Brussel, Belgium ketika persidangan NATO pada 25 Mei.
https://selangorkini.my/2017/05/anak-muda-39-tahun-jadi-presiden-perancis-fakta-menarik-perlu-diketahui/