Categories
GLOBAL

Letupan bom di Manchester ragut 19 nyawa, 50 cedera

LONDON 23 MEI: Sekurang-kurangnya 19 dilaporkan maut dan kira-kira 50 lagi cedera dalam satu letupan bom di lokasi konsert di Manchester Arena dan polis menyiasat insiden itu sebagai serangan pengganas.

Agensi Berita Antarabangsa BBC NEWS melaporkan memetik seorang saksi berkata, kira-kira 20 hingga 30 penonton dilaporkan terbaring di lokasi konsert yang dilaporkan mengorbankan beberapa mangsa selepas berlakunya letupan bom.

Letupan berlaku di Manchester Arena ketika penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande mengadakan persembahan. Penyanyi itu dilaporkan selamat.
Bagaimanapun, bilangan sebenar mangsa yang maut dan cedera belum disahkan oleh pihak polis.

“Pegawai kanan pasukan antipengganas kebangsaan sudah berkumpul di London.

DAeMiYOW0AANlbS“Anggaran awal menunjukkan bilangan kematian di Manchester Arena adalah sekali ganda daripada ramalan awal,” kata wartawan BBC menerusi Twitter.

Laporan belum disahkan dua pegawai rasmi Amerika Syarikat menyatakan letupan itu berpunca daripada letupan berani mati.

=EZY=