Categories
GLOBAL

Masjid di Cardiff undang masyarakat bukan Islam berbuka puasa bersama

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 31 MEI: Sebuah Masjid Dar Ul-Isra Mosque di Cardiff, Wales mengundang masyarakat bukan Islam untuk berbuka puasa bersama-sama sempena Ramadan yang bermula pada Sabtu, 27 Mei lalu.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada projek ‘Bridges for Communities’, sebuah badan amal yang bekerja untuk mempromosikan pemahaman di antara komuniti pelbagai agama.

Jururawat University Hospital of Wales, Sarah Evans berkata beliau yang membantu pengurusan program itu menyatakan memperuntukkan 150 ruang untuk tujuan pelaksanaan program itu.

Masjid itu menjangkakan menyediakan itu bagi tempoh sebulan Ramadan ketika umat Islam menjalani ibadah puasa, lapor media tempatan Wales Online.

Seorang anggota masjid itu Mohammed Alamgir menyatakan program agihan makanan itu sekarang sudah memasuki tahun keenam.

JS120964120Sukarelawan akan menyediakan makanan apabila waktu berbuka puasa antara jam 8 malam sehingga 10 malam.

Sebelum ini pada 2015, kira-kira 100 masyarakat pelbagai agama sekitar Wales bertemu di Masjid Cardiff untuk pertama kali bagi menunjukkan kesatuan bagi menyatakan bantahan terhadap ektremisme dan rasisme.

 

 

 

mosque

 

JS120964116

 

mosque6
SUMBER: http://www.walesonline.co.uk/news/wales-news/mosque-inviting-non-muslims-come-13096737