Categories
GLOBAL

Singapura beli dua kapal selam buatan Jerman

SINGAPURA 17 MEI: Singapura bakal membeli dua buah lagi kapal selam buatan Jerman jenis 218SG bagi memperkukuhkan sistem pertahanan negara itu.

Kementerian Pertahanan Singapura dalam satu kenyataan menyatakan pembelian itu dilakukan ketika negara-negara di rantau Asia Pasifik dijangka meningkatkan bajet pertahanan masing-masing sehingga 60 peratus menjelang 2020.

Dua kapal selam Jenis 218SG itu bakal menyertai Tentera Laut Singapura yang sudahpun mempunyai dua kapal selam jenis sama yang akan diserahkan pada 2021.

Kontrak kapal selam bersama Sistem Marin ThyssenKrupp itu turut didatangkan dengan pakej logistik dan latihan kru di Jerman.

Kapal selam itu akan menggantikan dua kapal selam Challenger buatan Sweden yang akan diberhentikan dalam masa beberapa tahun lagi.

Kapal SelamKeempat-empat kapal selam itu bersama dua lagi kapal selam buatan Sweden akan menjadikan armada kapal selam Singapura antara yang terbesar di rantau Asia Pasifik.

“Tentera Laut Singapura perlu seiring dengan pertumbuhan tentera laut di Asia,” kata Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen pada Pameran dan Persidangan Pertahanan Maritim Antarabangsa di republik itu.

Kapal selam jenis itu boleh membawa seramai 28 krew dan mempunyai panjang 70 meter dan 6.3 meter lebar.

Menurut AMI International, dianggarkan kira-kira 800 kapal perang dan kapal selam bakal beroperasi di sekitar kawasan Asia Pasifik menjelang 2030.

=EZY=