Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Speaker Parlimen dan DUN seluruh negara dirai

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 MEI: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli pada Majlis Santapan Malam Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia di Hotel Concorde, di sini.

Keberangkatan tiba Baginda kira-kira jam 8.30 malam bersama Tengku Permaisuri, Tengku Norashikin diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

Turut mengiringi Baginda, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Hannah Yeoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Dalam pada itu, Baginda turut berkenan menyampaikan cenderamata kepada Speaker dan Timbalan Speaker seluruh negara sebagai tanda ingatan Kerajaan Negeri.

Sidang Speaker 1Terdahulu, DNS menjadi tuan rumah penganjuran Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tahun ini yang disertai delegasi Speaker dan Timbalan Speaker, masing-masing mewakili Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia.

Persidangan bertujuan sebagai wahana perkongsian ilmu selain menjadi platform untuk melaksanakan proses semak dan imbang dalam pengurusan pentadbiran.

Ia juga dilaksanakan bagi memperkukuh peranan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi menerajui pengukuhan demokrasi negara.

=EZY=